Isnin, 9 Januari 2012
UPSI Gantung Pengajian Adam Adli Tiga Semester
TANJUNG MALIM – Tindakan penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli Abdul Halim menurunkan bendera yang mempunyai gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengundang padah apabila dia digantung pengajian selama tiga semester semalam.
Penggantungan serta-merta itu diputuskan oleh lima panel Jawatankuasa Tatatertib Pelajar UPSI yang dipengerusikan Naib Canselor, Prof Dr. Zakaria Kasa pada prosiding di Pusat Global, UPSI di sini.