Rabu, 11 Januari 2012
Kepala otak kau Mahathir !! - Azmin ali
Tindakan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali menghina bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan ungkapan 'kepala otak kau' dalam ceramahnya disifatkan sebagai tindakan kurang ajar.
Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz berkata, sikap itu bertentangan dengan adab dan budaya Melayu yang sentiasa menghormati orang yang lebih tua lebih-lebih lagi kepada seorang negarawan.
"Apa jasa Azmin kepada negara sehingga berani menghina Tun (Mahathir) sedangkan dia belum sampai sepenggal jadi wakil rakyat.
"Jangan disebabkan politik bodoh pembangkang segala jasa baik Tun Mahathir mahu dilupakan. Harus diingat seluruh dunia Arab masih mengagumi beliau sehingga sekarang.