KUALA LUMPUR 19 Jan – Pas dilihat menerima tamparan hebat di Selangor apabila parti itu seolah-olah tidak diiktiraf oleh sekutunya sendiri dalam perjuangan Islam apabila portfolio hal ehwal agama Islam bertukar tangan kepada PKR.
Khamis, 19 Januari 2012
Kehilangan Portfolio Agama Di Selangor, Satu Lagi Episod Malang Buat Pas
KUALA LUMPUR 19 Jan – Pas dilihat menerima tamparan hebat di Selangor apabila parti itu seolah-olah tidak diiktiraf oleh sekutunya sendiri dalam perjuangan Islam apabila portfolio hal ehwal agama Islam bertukar tangan kepada PKR.
Bekas Mufti Wilayah Persekutuan Prof Madya Datuk Dr Yusof Hussin berkata sewajarnya portfolio itu tidak beralih arah kepada mana-mana pihak lain sungguhpun berlaku perlantikan Exco baru menggantikan Datuk Dr Hasan Ali yang dipecat daripada Pas baru-baru ini.
Menurut beliau bukanlah menjadi satu kesalahan portfolio agama dipegang oleh mana-mana individu tetapi dalam isu berkenaan ianya menimbulkan keraguan kepada umum status Pas yang sebelum ini mencanang sebagai parti memperjuangkan Islam.