Khamis, 19 Januari 2012
Peyampaian Sumbangan Oleh Ketua Umno Bahagian Machang Dato Jazlan
Benih azam yang menyusur diri adalah warna ketinggian nurani,
renda kemenangan adalah cambahan kesabaran yang tidak pernah pudar. Ayuh....bangun merentangi halangan demi sebuah mekarnya kejayaan. Insyaallah sinar kemenangan tampak kian cerah.
Selasa, 17 Januari 2012
Semasa di Stadium malam nie..
Subra, Farisham, Shakir, Farhan, MatYO, Aziz, Indra, Daud, Piya, Apex(GK), Ghaddar l GOMO KELATE GOMO l Sub : Shahrul Azim, Ramzul, Nurul, Zamri, Rizal, Denny, Syazwan -Abe Ya Live In KB -
Ahad, 15 Januari 2012
Apek Bakal Jutawan
KOTA BHARU : Penjaga gawang skuad bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat, 23, dilihat bakal bergelar jutawan kerana rezekinya tidak putus-putus sejak membantu negara memenangi Piala AFF Suzuki 2010.
Terbaru, Kelab Khairul Fahmi Che Mat (KKFCM) dan syarikat Khairul Fahmi Resources (M) Sdn Bhd (KFR) miliknya dilancarkan secara rasmi di sini, semalam,
Sebelum ini, Khairul Fahmi yang mesra dengan panggilan Apek memiliki sebuah banglo
dihadiahkan kerajaan Kelantan bernilai RM200,000, menjadi duta beberapa syarikat dan kerap menghiasi muka depan beberapa majalah.
“Alhamdulillah, saya sentiasa bersyukur dengan setiap rezeki diterima dan berharap perancangan syarikat serta kelab ini berjalan lancar,” katanya.
Apek berkata, menerusi KKFCM dan KFR yang menjalin kerjasama dengan Rakyat Travel (anak syarikat Bank Rakyat), beberapa pakej ditawarkan sebagai syarat keahlian dengan pakej paling tinggi membabitkan bayaran yuran RM750 (pakej Family Combo) dan paling rendah RM10 (pakej rakyat).
Menerusi pakej itu, ahli kelab boleh menikmati pelbagai keistimewaan, termasuk perlindungan insurans bernilai RM40,000 setahun tajaan KFR, potongan menginap di Khairul Fahmi Villa Inn Kota Bharu, potongan pakej pelancongan dan pakej umrah selain menyertai aktiviti bersama Khairul Fahmi pada masa depan.
Dr. Hassan Nekad Akan Bongkar Siapa Parasit Yang Bersarang Di Dalam PAS
KUALA LUMPUR 16 Jan. - Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr. Hassan Ali mendakwa golongan parasit dalam PAS telah menguasai beberapa isu sehingga menyebabkan sebarang pendirian dan keputusan bercanggah dengan prinsip asal parti itu sendiri.
Malah beliau sehingga kini masih berasa kecewa dengan pemecatan beliau sebagai Ahli PAS hanya disebabkan teguran beliau bagi mengembalikan kekuatan dalaman parti yang bertunjangkan pegangan ddan prinsip Al Qur'an serta Sunnah.
"Golongan Parasit begitu kuat dalam PAS dan telah berjaya mengubah hala tuju Parti ini," dakwa beliau ketika Sidang Media di rumahnya di sini sebentar tadi.
Hassan turut menjelaskan pemecatan beliau juga adalah salah satu keputusan yang mendapat pengaruh dari golongan parasit tersebut.
"Pemecatan saya bukanlah atas sebab kes terdahulu (arak dan SELCAT) akan tetapi ianya berpunca daripada kritikan saya terhadap Anwar," tegasnya lagi.
Tipu gred jadi pengarah....doktor tipuuuuuuu....
KUALA LUMPUR: Seorang doktor wanita bergelar Datuk disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terbabit dengan jenayah pemalsuan dokumen bagi membolehkannya beberapa kali naik pangkat dalam tempoh singkat.
Bekas pengarah sebuah agensi kerajaan itu dikatakan memalsukan dokumen kenaikan pangkat bermula dari Gred 48 (memangku) hingga ke Gred 52 dan ke Gred 54 dalam tempoh cuma tiga tahun iaitu dari 2009 hingga 2011.
Temberang Datuk berusia 39 tahun itu pecah apabila siasatan melalui profil perkhidmatannya dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mendapati surat terakhir yang dikeluarkan bagi perjawatannya hanya setakat pegawai Gred 48 (memangku) saja.
Menurut sumber, Datuk itu yang bertugas di sebuah negeri dikatakan memberi salinan dokumen berbentuk pengesahan lantikan pegawai Gred 48 hingga ke Gred 52, yang kononnya dikeluarkan JPA kepada kerani pejabatnya bagi proses pembayaran emolumen mengikut kelayakan.
“Pada 2009, Datuk berkenaan mendakwa menerima surat daripada ibu pejabatnya di Putrajaya yang memaklumkan dia dinaikkan pangkat dan disahkan jawatan ke Gred 48 serta mengarahkan pegawai di bahagian pentadbiran membuat perubahan gaji.
“Sekali lagi pada tahun sama, dia mendakwa menerima surat daripada ibu pejabat yang memaklumkan dia diarahkan memangku jawatan Gred 52 Khas Untuk Penyandang (KUP) berkuatkuasa Januari 2010,” katanya.

BR1M: Lebih 50 peratus sudah terima bayaran
IPOH - Lebih 50 peratus daripada 4.1 juta borang pemohon skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diterima dari seluruh negara, mula menikmati pembayaran bantuan tersebut dalam bentuk baucar tunai semalam.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, pembayaran dibuat kepada kumpulan pertama ini walaupun tempoh permohonan skim itu dilanjutkan lagi sehingga 10 Februari ini.
"Kita masih lagi buka pendaftaran sehingga Februari depan. Ini kerana dalam mesyuarat kita bersama-sama timbalan menteri, setiausaha politik, anggota parlimen, setiausaha kerajaan negeri dan pegawai daerah, mereka menyatakan masih terdapat individu yang layak belum mendaftar," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan baucar tunai BR1M kepada 1,500 penerima dari kawasan Parlimen Tambun di sini.
Ahmad Husni yang juga Ahli Parlimen Tambun berkata, bagi negeri Perak sebanyak 237,000 penerima layak menerima BR1M yang mula diserahkan mulai semalam.
Konsep BR1M adalah berdasarkan kelayakan, di mana mereka yang layak akan menerima bantuan itu, jadi pihaknya melanjutkan lagi tempoh pendaftaran untuk bantuan berkenaan bagi memberi lebih masa kepada mereka yang layak untuk memohon, katanya.

Mahasiswa Ugut Bunuh Najib ,Kini Ditahan Polis Untuk Siasatan
GEORGE TOWN – Polis menahan seorang pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) kampus kejuruteraan selepas membuat kenyataan berunsur ugutan menerusi laman blognya, di sini hari ini.
Dalam kenyataannya pelajar terbabit dikatakan mahu meletakkan bom pada helikopter yang akan dinaiki Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam lawatannya ke kampus itu minggu hadapan.
Pelajar terbabit akan disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Ketua Polis Negeri Datuk Ayub Yaakob yang dihubungi mengesahkan perkara itu dan akan mengadakan sidang media mengenainya esok. – BERNAMA
Syabas Lee Chong Wei,Muncul Sebagai Juara Terbuka Malaysia
KUALA LUMPUR – Seperti yang telah diramalkan, pemain badminton perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei, 29, hari ini muncul juara Terbuka Malaysia menewaskan pemain Jepun, Kenichi Tago di Stadium Putra Bukit Jalil.
Chong Wei yang juga juara All England, sebelum menundukkan Tago 21-6, 21-13 telah mengenepikan Chen Long pada peringkat separuh akhir malam tadi dalam pertarungan sengit selama satu jam, 15 minit sebelum menang dengan keputusan 21-18, 12-21, 21-13.
Dengan kemenangan ke atas Tago, Chong Wei berjaya menyamakan rekod yang dipegang legenda badminton negara, Wong Peng Soon yang menjadi juara terbanyak Terbuka Malaysia sebanyak lapan kali.-Detik Perubahan
Sabtu, 14 Januari 2012
produk-produk ini mengandungi gelatin yang berasal dari daging babi!!
Perhatikan titik Merah di dalam simbol merah persegi yang ditunjukkan di atas bar coklat seperti: Bounty bar Chocolate / Marikh / sneaker ... ia ditunjukkan secara khusus di belakang sebelah nombor berat.
Cap Ini bermakna
bahawa
Mereka meletakkan bahawa tanda untuk memberi amaran kepada orang-orang vegetarian bahawa coklat mempunyai kandungan bukan vegetarian / bahan-bahan di TOLONG berkongsi info ini dengan semua rakan anda
dan ingat bahawa "Siapa memberi Peringatan yang BAIK Kepada yang lain AKAN Mendapat kebaikan yang sama dengan yang MEREKA yang Melakukan KEBAIKAN itu dari ALLAH S.W.T

Jumaat, 13 Januari 2012
Futsal 1Malaysia SK Pangkal Jenereh
Gelanggang Futsal 1Malaysia SK Pangkal Jenereh- Kejohanan Futsal Peringkat Pangkal Chuit. anjuran Umno bahagian Machang.
Khamis, 12 Januari 2012
Perlawanan Malam ini
KELANTAN MELAWAN PKNS
MATCHDAY!!! MSL2012: KELANTAN vs PKNS (SELANGOR) @ STADIUM PAHLAWAN MERAH / STADIUM KERAMAT / STADIUM SULTAN MUHAMMAD KE-4 @ SSMIV & STADIUM ASTRO CH801 | -PNY
Shahrizat Jalil akan bercuti selama tiga minggu
Shahrizat Jalil akan bercuti selama tiga minggu daraipada jawatan yang disandangnya, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi membolehkan SPRM menjalankan siasatan tanpa sebarang gangguan.
Kenapa agaknya Sharizat berbuat begitu?
Sepatutnya Sharizat tidak mengambil cuti sebaliknya berceramah ke seluruh negara dan mengecam pihak yang cuba memusnahkanya sambil menuduh semua itu adalah KONSPIRASI semata-mata.
Langgan:
Catatan (Atom)