Isnin, 6 Februari 2012
JADUAL MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M) PERINGKAT PARLIMEN MACHANG
MAJLIS PENYAMPAIAN AKAN DISEMPURNAKAN OLEH YBHG DATUK HJ AHMAD JAZLAN B HJ YAAKUB PENYELARAS PARLIMEN MACHANG MERANGKAP KETUA UMNO BHAGIAN MACHANG
DUN KEMUNING
09HB FEB 2012- 2.00 PTG- SMK BANDAR MACHANG
10HB FEB 2012- 9.00 PAGI-SMK BANDAR MACHANG
10HB FEB 2012- 2.00 PTG- SMK BANDAR MACHANG
11HB FEB 2012- 9.00 PAGI-SMK BANDAR MACHANG
11HB FEB 2012- 2.00 PTG- SMK BANDAR MACHANG
12HB FEB 2012- 9.00 PAGI-SRJKC PEI HWA
DUN TEMANGAN
16HB FEB 2012- 8.00 PAGI-SMK PANGKAL MELERET
16HB FEB 2012- 2.00 PTG- SMK PANGKAL MELERET
17HB FEB 2012- 9.00 PAGI-SMK PANGKAL MELERET
17HB FEB 2012- 2.30 PTG- SMK PANGKAL MELERET
DUN PULAI CHONDONG
18HB FEB 2012- 9.00 PAGI- SM SAINS MACHANG
18HB FEB 2012- 2.00 PTG- SM SAINS MACHANG
19HB FEB 2012- 9.00 PAGI- SM SAINS MACHANG
19HB FEB 2012- 2.00 PTG- SM SAINS MACHANG
20HB FEB 2012-9.00 PAGI- SM SAINS MACHANG
BATCH 1, 2 DAN 3 -JUMLAH PENERIMA YG TELAH DILULUSKAN SERAMAI 14235 ORANG BAGI PARLIMEN MACHANG
*SURAT JEMPUTAN DAN KELULUSAN BOLEH DIAMBIL DRP PENGERUSI JKKKP MASING-MASING. DUN KEMUNING BERMULA 6HB FEB 2012, DUN TEMANGAN BERMULA 8HB FEB 2012 DAN DUN PULAI CHONDONG BERMULA 12HB FEB 2012.
SEBARANG PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI CIKGU ZIN 0199140920 SETIAUSAHA KERJA URUSETIA BR1M PARLIMEN MACHANG TKASIH.
celoteh Aspan Alias.......heeeeeeeeee...masuk DAP
Dosa terbesar UMNO ialah membantutkan daya pemikiran orang Melayu. Orang Melayu tidak dibenarkan berfikir diluar kotak tetapi dalam masa yang sama mereka beretorik supaya orang Melayu menjadi bangsa yang global. Bercakap yang benar didalam UMNO itu merupakan kesalahan dan kita tahu yang UMNO hanya bergantung kepada kuasa pinjaman yang diberikan rakyat sahaja. UMNO tidak mampu mempertahankan diri dengan menunjukkan kerja baik dan membangun.
Ini disebabkan imej parti itu yang sudah terlalu tercemar dengan rasuah serta penyalahgunaan kuasa yang keterlaluan. Maka satu-satunya jalan untuk mempertahankan diri ialah dengan membuat segala perkara yang lazim dilakukan oleh pihak-pihak yang ‘desperado’. Dimana-mana rasuah, baik dalam kerajaan atau dalam parti. Wang ringgit merupakan satu-satunya cara bagi mereka untuk mempertahankan diri, semuanya hendak dibeli. Jiwa dan perasaan pun menjadi bahan dagangan. Saya amat runsing melihat apa yang akan terjadi kepada bangsa saya yang dijadikan sebagai ‘political prostitute’ dengan membayar setiap perkhidmatan terutamanya semasa pilihanraya hampir tiba ini.

Ahad, 5 Februari 2012
Sultan Kelantan Masih Belum Temu Calon Isteri
KOTA BHARU : Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, bertitah baginda masih belum mempunyai calon isteri dan sentiasa berdoa niat baginda itu dimakbulkan Allah.
Sultan Muhammad V bertitah selepas ditanya wartawan yang membuat liputan baginda melawat Che Hasmah Che Awang, 54, yang dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini, semalam.
Apabila diajukan soalan itu, baginda memberi jawapan dengan spontan, ‘tak ada calon lagi’.
Baginda yang membahasakan diri sebagai ‘saya’ atau ‘kita’, berharap berkat doa pemimpin dan pembesar negeri serta sahabat, perkahwinan baginda akan menjadi kenyataan.
Mengenai lawatan berkenaan, Sultan Kelantan bertitah, baginda membaca dalam akhbar tempatan mengenai kejadian yang menimpa Che Hasmah dan berhasrat melawat mangsa tembakan terbabit berikutan simpati dengan kejadian yang menimpanya.
Sementara itu, Che Hasmah menyatakan rasa terharu atas keberangkatan Sultan Kelantan melawatnya dan tidak menyangka baginda begitu prihatin terhadap keadaan nasib rakyatnya.
“Junjung kasih Tuanku. Saya gembira dan terharu kerana baginda sanggup datang melawat dan bertanya khabar saya yang masih menerima rawatan di hospital ini.
“Sebelum ini saya tidak pernah melihat Tuanku dengan dekat, apa lagi dapat berbual dengan baginda. Sikap ambil berat menunjukkan baginda adalah sultan berjiwa rakyat,” katanya.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi Isnin lalu, Che Hasmah yang bekerja sebagai penjual kuih, parah dan terpaksa dirawat di HRPZ II, akibat ditembak seorang daripada empat perompak yang menceroboh masuk rumahnya di Kampung Slow Machang, Pasir Mas. – Berita Harian

Jumaat, 3 Februari 2012
"Rakyat Kelantan Jangan Tertipu" - TPM
KUALA KRAI 2 Feb. – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta rakyat Kelantan tidak lagi membiarkan mereka terus ditipu kerajaan negeri pimpinan Pas, sebaliknya memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) untuk membela nasib mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ini.
Muhyiddin berkata, janji-janji Pas pada rakyat Kelantan sejak 1990 iaitu selepas parti itu menawan negeri ini ternyata satu pembohongan dan kerana itu. Pas perlu ditolak pada pilihan raya umum (PRU) nanti.
"Kalau berjanji tidak laksanakannya itu adalah `belawok” (pembohongan). Kalau dalam Islam apa hukumnya kalau berbohong?
"Soal duniawi dan ukhrawi mesti selari. Ini tuntutan agama dan kalau tidak ada keupayaan tuntutan agama ini tidak kesampaian. Kita (BN) akan buat lebih berkesan daripada Pas. Ini bukan cakap besar atau sombong,” katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Sekolah Kebangsaan Manek Urai Baru di sini, hari ini.
Lebih 15,000 rakyat berbilang kaum hadir pada majlis itu di mana Muhyiddin turut menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada 30 penduduk di jajahan itu. – BERNAMA

Langgan:
Catatan (Atom)